HomeBeritaViral'Terpaling solat ke tu?' - Gadis sujud sambil 'selfie' dikecam netizen

‘Terpaling solat ke tu?’ – Gadis sujud sambil ‘selfie’ dikecam netizen

PLATFORM media sosial kini dipenuhi dengan pelbagai bentuk kandungan video dan foto berhubung sesuatu perkara sama ada bermanfaat atau sebaliknya.

Lambakan video kandungan kreatif yang dimuat naik menerusi media sosial bukan sahaja membuatkan sesuatu isu itu dititikberatkan, malah ada pihak yang turut terkesan dek kerana kandungan video yang dipaparkan dikecam warga net.

Baru-baru ini, seorang gadis memuat naik video di TikTok mengenai gambaran masalah kehidupan yang dialaminya dapat diselesaikan dengan satu cara iaitu mendekatkan diri kepada Tuhan.

Menerusi video di TikTok Ucca Nandini, kelihatan foto seorang gadis dengan teks ’99 problems’ berserta foto dia sedang menunaikan solat dengan teks ‘1 solution’.

Menjadi perhatian warga net apabila foto terbabit tersebar di laman aplikasi X sehingga dikritik netizen.

Tindakan seorang gadis memuat naik gambar sedang menunaikan solat sambil ‘selfie’ dikritik teruk oleh warga net // X @Abudi Alsagoff

Perkara itu berikutan tindakan gadis berkenaan yang mengambil gambar jenis ‘selfie’ sambil sujud ketika solat membuatkan rata-rata warga maya yang menatap gambar itu kurang senang dan menyifatkannya ‘mencari publisiti’.

“Tahu nak tunjuk yang “one solution” tu dengan solat. Kot ye pun, google je lah gambar. Beria betul nak selfie macam gitu,” tegur seorang netizen.

“Terpaling solat ke cmne ni, kot ye pun gunalah phone stand ke google gambar je ke. Kemain nk ikut trend sangat,” komen warga net.

“Punyalah nak buat content, nak tunjuk kaedah solat tu pun, beriya aurat lengan tu nampak,” tulis netizen.

Author

Pilihan Editor