Sebanyak 1,500 renjer terdiri daripada masyarakat Orang Asli, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dilantik sebagai renjer komuniti.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penyertaan golongan itu selaku renjer komuniti amat membantu usaha kerajaan dalam memastikan tiada ancaman terhadap hutan dan hidupan liar di kawasan hutan simpan kekal termasuk di Sabah dan Sarawak daripada terus diceroboh.