HomeBeritaViralWarga asing 'bersepah' di Kampung Pandan, penduduk gesa pihak berwajib ambil tindakan

Warga asing ‘bersepah’ di Kampung Pandan, penduduk gesa pihak berwajib ambil tindakan

KEBANJIRAN warga asing di kawasan Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur sejak akhir-akhir ini dilihat makin ketara sehingga meresahkan penduduk tempatan di kawasan tersebut.

Isu yang melanda kawasan itu semakin hangat dibicarakan apabila baru-baru ini, penduduk tempatan mendakwa sebuah syarikat membawa masuk sekumpulan warga asing dengan alasan bekerja di sekitar kawasan tersebut.

Namun sehingga hari ini, kumpulan warga asing itu dipercayai masih belum menerima sebarang tawaran pekerjaan sehingga mereka kelihatan ‘rancak’ berkeliaran di kawasan Kampung Pandan itu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah kedai menyaksikan lambakan warga asing di sekitar Jalan Kampung Pandan

Menurut seorang penduduk di Kampung Pandan, Rosli (bukan nama sebenar), kehadiran warga asing di kawasan itu menimbulkan ketidakselesaan dan kegelisahan dalam kalangan peniaga dan penduduk setempat.

Lebih membimbangkan penduduk tempatan adalah masalah kesihatan yang mungkin timbul akibat lambakan warga asing di kawasan terbabit.

“Kami juga bimbang tentang potensi masalah kesihatan yang mungkin timbul akibat dari kebersihan peribadi dan persekitaran yang tidak dijaga.

“Bau busuk dan tidak menyenangkan telah memberi kesan negatif kepada perniagaan kami,” kongsinya kepada MEDIA VARIASI.

Tambah Rosli, aduan telah dibuat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, aduan yang dihantar pada 3 Oktober lalu, masih belum menerima sebarang tindakan daripada ADUN Titiwangsa mahupun pihak berkuasa.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah kedai menyaksikan lambakan warga asing di sekitar Jalan Kampung Pandan

Author

Pilihan Editor