HomeNiaga18 usahawan wanita diiktiraf MIWE

18 usahawan wanita diiktiraf MIWE

SUBANG JAYA: Seramai 18 usahawan wanita daripada pelbagai sektor memperoleh pengiktirafan daripada program Malaysia Influential Women Entrepreneur (MIWE) pada Ahad.

Bertempat di Hotel Geno, di sini, anugerah yang julung kali diperkenalkan itu menampilkan penghargaan kepada usahawan berjaya di negara ini bermula dari sektor kecantikan, kesihatan, pemasaran, pelancongan, pendidikan dan agensi pekerjaan.

Saimah (dua, kanan) antara yang hadir memeriahkan majlis tersebut.

Pengerusi MIWE, Nur Saimah Saimin berkata, program itu merupakan anjuran Biro Pembangunan Wanita Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), bertujuan membina penjenamaan peribadi usahawan wanita dan meluaskan rangkaian perniagaan.

“Menerusi program ini, kami berharap dapat membantu usahawan wanita untuk memajukan perniagaan mereka bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di peringkat antarabangsa.

“Majlis pengiktirafan ini diadakan untuk mengekalkan daya tahan, inovasi dan keazaman wanita dalam bidang keusahawanan. Pencapaian luar biasa wanita-wanita ini sangat memberi inspirasi kepada mereka yang ada di luar sana,” katanya.

Antara usahawan yang menerima pengiktirafan daripada MIWE.

Berikut merupakan senarai usahawan wanita yang memperoleh pengiktirafan daripada MIWE:

1. Dr. Telekha A/P Shamugam (SLC Logistic & Distribution Sdn Bhd)

2. Leoh E Mui (Joyride)

3. Mak Cui Mun @ Mark Cui Mun (Tadika Rumah Juara Kecil)

4. Dr. Preyaa Arunasalam (Klinik Mewah Semenyih)

5. Jocelyn Lim Hym Voon (Mc Jo Academy Sdn Bhd)

6. Dr Isabella Lee Wan Ling (Belle & Rose Beauty Wellness Sdn Bhd)

7. Kelly Beh Lee Kim (Belle & Rose Beauty Wellness Sdn Bhd)

8. Jackie Lim Hui Hoon (Belle & Rose Beauty Wellness Sdn Bhd)

9. Datin Dr Nik Sarina Hashim (Slae Cosmetics Sdn Bhd)

10. Nordianis Permin (Adin Marketing Group Sdn Bhd)

11. Joanne Lim (MJ Car Management)

12. Elain Foong Hui Ling (Elaine, Yun & Associates)

13. Tee Choo Ling (Huat Huat Kouping (M) Sdn Bhd)

14. Mays Wong /Juliana Wong Leong Tian (Tranquility Spa & Wellness Sdn Bhd)

15. Christine Teh Xin Ying (Voyage Western Tour and Travel Sdn Bhd)

16. Hannaritha Singa (Grande Marketing Sdn Bhd)

17. Ginnie Liaw Geok Chin (Agensi Pekerjaan Innio Sdn Bhd)

18. Pier Chea Phoay Huan (Island Paradise Travel & Tours Sdn Bhd)

Majlis sama turut menyaksikan beberapa penceramah jemputan berkongsi pandangan, pengalaman dan strategi bagi mencapai kejayaan dalam landskap keusahawanan.

 

Author

Pilihan Editor