HomeHiburanBaby Shima dilabel ‘lapar’ perhatian gara-gara parodi siang ikan

Baby Shima dilabel ‘lapar’ perhatian gara-gara parodi siang ikan

TINDAKAN penyanyi dangdut, Baby Shima, memuat naik video parodi menyiang ikan di akaun media sosialnya nyata mengudang kecaman warga net.

Malah, ada sebilangan netizen menyifatkan Baby Shima seolah-olah ‘laparkan’ perhatian dan menumpang kontroversi orang lain.

Sebahagian komen netizen di video parodi tersebut // IG Baby Shima

Bagaimanapun, pelantun lagu Roadblock Hatiku itu menjelaskan video yang dimuat naiknya itu hanyalah sekadar hiburan semata.

“Kalau cakap pasal parodi, saya rasa ramai sahaja yang buat bukan saya seorang sahaja.

“Tapi, biasalah apa sahaja yang saya buat pasti akan menjadi bualan.

“Sebelum video siang ikan, sudah banyak video yang saya hasilkan tetapi tak pula diperkatakan atau menjadi perhatian media.

“Tapi, saya sudah terbiasa dengan kecaman dan ia langsung tak menghalang saya daripada terus hasilkan kandungan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Pada masa sama, penyanyi berusia 31 tahun itu turut mengatakan bahawa selain penyanyi, dia juga seorang pencipta kandungan yang menghasilkan pelbagai kandungan terutama perkara yang tular pada ketika itu.

Mengulas dakwaan sendu, Shima mengatakan bahawa dirinya tidak faham kenapa dikatakan sendu hanya kerana menghasilkan content yang sedang viral.

“Saya sentiasa buat kandungan, jadi di mana dikatakan kerjaya saya sendu?

“Setakat ini, kerjaya nyanyian masih berjalan seperti biasa sama ada di Malaysia atau Indonesia,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor