HomeHiburanBCL tak guna lagi nama 'Sinclair' dalam akaun Instagram

BCL tak guna lagi nama ‘Sinclair’ dalam akaun Instagram

PENYANYI Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) yang bakal bernikah pada esok, telah menukar nama Instagram miliknya menjadi ‘@itsmebcl’.

Sebelum ini, BCL, 40, menggunakan @bclsinclair sempena nama suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair.

Difahamkan, penggantian nama akaun itu adalah kali pertama dilakukannya sejak dia membuka akaun pada September 2011.

Terdahulu, pelantun lagu Ingkar itu dilaporkan akan mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Tiko Aryawardhana pada 2 Disember 2023 di Bali, Indonesia.

Malah, sebuah portal berita Indonesia turut melaporkan keluarga Allahyarham Ashraf terutama ibunya, Dida Sinclair merestui keputusan BCL untuk berumah tangga semula.

Author

Pilihan Editor