HomeBeritaMaqis rampas lebih 1.7 tan daging lembu Australia

Maqis rampas lebih 1.7 tan daging lembu Australia

CYBERJAYA: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 1,780 kilogram (kg) daging lembu dari Australia bernilai kira-kira RM250,000, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo kerana maklumat sijil halal mengelirukan.

Pengarah Maqis Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, daging ‘Chilled Beef Boneless’ dan ‘Bone In’ itu dirampas pada Jumaat, selepas dibawa masuk syarikat tempatan yang mempunyai permit import sah Maqis.

“Pemeriksaan terhadap daging berkenaan mendapati tarikh penyembelihan dinyatakan dalam sijil halal tidak sama dengan tarikh penyembelihan yang tertera pada kotak dan pembungkus daging,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengisytiharkan maklumat mengelirukan.

 

Author

Pilihan Editor