HomeSukan'My name in Malay is champion' - Cuma 36 saat, Jojo tumpaskan...

‘My name in Malay is champion’ – Cuma 36 saat, Jojo tumpaskan Tabares

HANYA 36 saat! Petarung sensasi muda, Johan Ghazali berjaya menumbangkan juara Muay Thai Antarabangsa WBC, Edgar Tabares bagi pertarungan Primetime US, ONE Championship pada Sabtu.

Johan atau lebih dikenali Jojo, 17, membuat penampilan pertamanya dalam Primetime US mengalahkan lawan dengan keputusan KO menerusi knockout pada pusingan pertama.A

Anak muda kelahiran Sarawak itu mula beraksi di ONE Championship sejak Februari lalu dan sehingga kini belum pernah mencatat rekod kekalahan dalam kesemua lima pertarungannya.

“I will be the youngest Champion on the planet,” – Johan Ghazali

Lapor Borneo Network, Jojo ketika ditemu ramah mengenai kemenangannya itu berkata, “My name in Malay is champion”.

I will work hard and thank you to the Malaysia fans, thank you to Thailand fans and my family in the USA,” ungkap Jojo dalam ucapan kemenangannya itu.

Meskipun masih muda, Johan dilihat sebagai bintang yang meningkat naik dalam sukan pertempuran tahun ini.

Malah, ada yang membandingkannya dengan Juara Dunia ONE Flyweight Muay Thai, Rodtang Jitmuangnon.

Author

Pilihan Editor