HomeBeritaPahang mahu jalin kerjasama dengan Jepun, tanda pantai sebagai tugu memorial Nanami...

Pahang mahu jalin kerjasama dengan Jepun, tanda pantai sebagai tugu memorial Nanami Kento

CYBERJAYA: Kerajaan Negeri Pahang akan bekerjasama dengan Kerajaan Jepun susulan tindakan peminat anime Jujutsu Kaisen yang menanda pantai di daerah Kuantan dalam Peta Google untuk dijadikan tugu memorial watak anime Nanami Kento.

Tindakan itu dilakukan peminat anime terbabit yang dipercayai di Pantai Kempadang di sini, susulan tular nama ‘Kuantan’ disebut dalam salah satu siri anime itu yang ditayang bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan, Leong Yu Man berkata, kerajaan negeri dalam usaha menghubungi pihak Kerajaan Jepun supaya mendapat pelepasan dari pencipta anime itu untuk menandakan pantai terbabit.

Katanya, ia bagi menjadikan pantai yang ditanda sebagai tugu memorial watak Nanami Kento itu sebagai tempat check in peminat anime.

“Sebagai maklumat tambahan, nama ‘Kuantan’ trending selepas disebut dalam siri anime Jujutsu Kaisen sebelum ini, justeru kerajaan negeri akan mengambil kesempatan tersebut untuk mempromosikan pantai-pantai di Kuantan,” katanya memetik Utusan.

dalam sesi soal jawab lisan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam
Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab lisan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkaitan perancangan kerajaan negeri untuk menaik taraf Pantai Tanjung Lumpur dan Pantai Kampung Anak Air sebagai kawasan pelancongan.

Sebelum ini, nama ‘Kuantan’ trending di aplikasi X selepas watak Nanami Kento yang dimainkan dalam anime berjudul Jujutsu Kaisen yang dikeluarkan pada bulan lalu ada menyebut nama ibu negeri Pahang itu.

Menerusi episod itu, Kento menyatakan hasratnya untuk melawat pantai di Kuantan di Malaysia sebelum kematiannya.

Author

Pilihan Editor