HomeGlobalPenjara di Brazil guna angsa kawal banduan 

Penjara di Brazil guna angsa kawal banduan 

SEBUAH penjara di Santa Catarina, Brazil telah menjadi perhatian ramai apabila penjara tersebut mengguna khidmat angsa untuk mengawal banduan agar tiada yang boleh meloloskan diri.

Memetik laporan Reuters, angsa-angsa tersebut telah dilantik menjadi ejen untuk mengawal banduan di sekitar kawasan kompleks penjara kerana menurut staf penjara tersebut, angsa memiliki kemahiran berjaga-jaga yang lebih bagus berbanding anjing.

“Kami mempunyai pengawasan elektronik, pengawasan secara peribadi… dan akhirnya pengawasan angsa, yang menggantikan anjing,” kata pengarah penjara Marcos Roberto de Souza.

Difahamkan, angsa telah dipilih untuk menggantikan tugas anjing sebagai pengawal penjara itu kerana kos menjaga angsa juga adalah lebih murah daripada kos menjaga anjing.

Selain itu, angsa juga memiliki pendengaran yang bagus dan ia akan berbuat bunyi bising jika ia terdengar bunyi aneh seperti ada banduan yang cuba melarikan diri.

Oleh itu, angsa akan membuat bunyi bising untuk memberi amaran kepada warden atau pengawal penjara.

“Waktu malam sangat sunyi. Malah pada siang hari seperti yang anda lihat ia adalah tempat yang sangat senyap dan pada waktu malam lebih-lebih lagi… Ruang ini menyokong keselamatan jenis ini dalam kes angsa,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor