BARU-BARU ini, tular di X seorang pelajar universiti dikecam warga net selepas video pelajar itu membawa kereta berjenama mewah masuk ke universiti tular di media sosial.
Malah, netizen turut mempersoalkan bagaimana pelajar itu boleh melanjutkan pelajaran di universiti tempatan yang dikhaskan untuk golongan kurang berkemampuan sedangkan memiliki gaya hidup mewah.
Tidak menunggu lama, pelajar itu tampil memberikan penjelasan bahawa barangan mewah yang dipaparkan dalam kebanyakan video hanyalah sekadar kolaborasi jenama.
“Saya bukan flexing… dah beberapa kali saya katakan, saya buat collaboration, saya buat bisnes.
“Apa yang saya post merupakan benda yang saya nak promosikan. Apa yang saya makan, hotel mana saya pergi, barang apa yang saya beli, semua tu saya jual dan saya letakkan dalam bentuk video.
“Kereta mewah tu kolaborasi untuk promosi syarikat tersebut. Kemudian makanan pun saya ditaja, cumanya saya satukan semuanya menjadi video lifestyle,” jelasnya.
explanation dia itu cuma ‘lifestyle content’ for her collabs pic.twitter.com/cseVvIWxvo
— nhanin🏴🏴 (@nurulhanin4) December 23, 2023