HomeHiburanSuami kuat berpeluh, Intan Najuwa sekolahkan netizen

Suami kuat berpeluh, Intan Najuwa sekolahkan netizen

“JANGAN tanya soalan macam orang tak sekolah.”

Demikian respons pelakon, Datin Intan Najuwa apabila warga net mempersoalkan mengapa suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman kerap berpeluh.

Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, menerusi TikTok baru-baru ini, berkongsi momen indah sambutan hari lahir suaminya bersama rakan-rakan rapatnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan ucapan dan mendoakan kesejahteraan suaminya.

Namun begitu, menjadi perhatian segelintir netizen apabila keadaan suami Intan yang sering dilihat ‘basah’ akibat berpeluh.

“Apasal laki dia selalu berpeluh,” soal seorang pengguna TikTok.

Maklum dengan pertanyaan netizen, pelakon Jodohku Babysitter itu memaklumkan suaminya memang kuat berpeluh terutamanya apabila berada di tempat panas.

Malah, Intan sempat menyindir pertanyaan individu terbabit yang disifatkan tidak cerdik.

“Dia memang jenis cepat berpeluh dan ada je orang jenis cepat berpeluh. Especially bila tempat panas.

“Jangan tanya soalan macam orang tak sekolah penat nak jawab,” balas Intan.

Untuk rekod, Intan Najuwa telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Asraf pada 18 Ogos lalu.

Author

Pilihan Editor