HomeBeritaViralKantoi! Pekerja kedai makan basuh pinggan 'celup-celup' dalam tong sampah

Kantoi! Pekerja kedai makan basuh pinggan ‘celup-celup’ dalam tong sampah

SATU rakaman video tular di platform X memaparkan seorang pekerja sebuah premis makanan didakwa membasuh pinggan di dalam tong sampah.

Perbuatan jijik itu dirakam oleh pengguna X, Elyas Yusri yang secara kebetulan berada di kawasan berkenaan.

Menerusi video tular itu, pekerja itu dilihat mencelup pinggan ke dalam sebuah tong sebelum memasukkan ke dalam tong sampah kedua.

“Kita ni dahlah selalu lepak mamak, sekali nampak benda macam ni depan mata nak muntah. Basuh pinggan celup-celup dalam tong sampah.

Speechless, nak korang tengoklah sendiri, tak ada lah tekak aku seorang loya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tidak hanya merakam, Elyas bertindak menegur pekerja berkenaan, namun pekerja itu mendakwa tong sampah itu hanya digunakan untuk merendam peralatan dapur.

Staf tu boleh cakap, oh tong sampah tu untuk rendam saja. Berderau je darah aku. Kot ye beli lah besen besar ke apa,” katanya.

https://twitter.com/elyasyusrizal/status/1743524047722545153?t=N8HNI0Q5qGIpBoN-g-gKzg&s=19

Perkongsian itu turut disertakan foto yang jelas kelihatan sisa minyak dan makanan masih berada di dalam tong sampah terbabit.

Lokasi premis berkenaan dipercayai berada di Taman Botanik, Klang.

Pada masa sama, Elyas turut meminta orang ramai yang pernah ke lokasi atau berada di premis terbabit untuk berhati-hati dan pantau tahap kebersihan di sana.

“Siapa selalu lepak situ, tolong semakkan.

“Jika masih sama, tolong buat aduan rasmi,” pintanya.

Author

Pilihan Editor