HomeHiburanJangan sampai memfitnah! - Khai Bahar perjelas isu hubungan sejenis

Jangan sampai memfitnah! – Khai Bahar perjelas isu hubungan sejenis

PENYANYI, Khai Bahar tampil bersuara bagi membersihkan namanya yang terpalit dengan isu hubungan sejenis.

Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 30, meluahkan kesedihan apabila itu terbabit turut dikaitkan sebagai pemergian ibunya, Allahyarham Rosnah Muhammad, 62, pada Selasa lalu.

“Ramai minta abaikan. Ya, sebelum ini memang tidak pernah ambil tahu langsung tentang orang caci maki tetapi sekarang aku sedang ‘sakit’! Syurga aku sudah tiada.

“Tetapi apabila hendak kaitkan tentang arwah mak, aku sedih!

“Aku kenal diri aku, kenal kawan-kawan dan jaga aib masing-masing. Kalau boleh sokong dan jangan caci maki,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Meskipun kecewa dengan sikap sebilangan pihak, pelantun lagu Bayang itu tetap memafkan mana-mana individu yang menyebarkan fitnah tentang dirinya.

“Aku maafkan dan minta maaf kalau pernah buat silap.

“Dosa dengan Allah SWT biarlah aku tanggung sendiri. Mungkin esok atau lusa aku sudah tiada, baru kau boleh berhenti mencari salah aku,” ungkapnya.

Foto: IG Khaibahar94

Dalam pada itu, Khai turut menjelaskan bahawa percutiannya ke Pulau Langkawi hanya untuk menyambut tahun baharu dan sambutan hari lahir salah seorang sahabatnya.

“Cukuplah, aku pergi dengan kawan-kawan baik yang sudah kenal bertahun-tahun lamanya.

“Mereka kawan lama aku, jangan sampai memfitnah. Kalau tidak boleh gembirakan aku, jangan buat aku sedih dengan setiap perkara yang berlaku ketika ini.

“Jangan hendak salahkan aku dengan apa yang terjadi,” ujarnya.

Jelasnya lagi, dirinya bukanlah seorang individu yang mudah melenting apabila dilemparkan perkara negatif namun dia terpaksa bersuara kerana isu terbabit melibatkan kematian ibunya.

“Saya tidak pernah langsung hendak ambil tahu tentang perkara sebegini walaupun sebelum ini ada juga yang lebih dahsyat berlaku.

“Namun kali ini sudah melibatkan arwah mak. Rasa sakit sangat sebab kehilangan orang yang kita utamakan dalam hidup.

“Minta maaf semua, saya janji ini kali terakhir meluahkan perasaan,” tulisnya.

Author

Pilihan Editor