HomeBerita131 PATI lolos dari DTI Bidor, seorang maut kemalangan

131 PATI lolos dari DTI Bidor, seorang maut kemalangan

IPOH: Seramai 131 pendatang tanpa izin (PATI) melarikan diri dari blok lelaki Depot Tahanan Imigresen Bidor pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata, 115 orang daripada jumlah itu merupakan etnik Rohingya, manakala 16 lagi adalah warga Myanmar.

“Kami menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan, kesemua tahanan itu telah melarikan diri… seorang lelaki disyaki tahanan yang lolos terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian di KM335 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, pencarian kesemua tahanan yang lolos dan siasatan masih diteruskan dengan bantuan pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3 Bidor dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan Bukit Aman.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 147 dan Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus ke Bilik Gerakan IPD Tapah melalui talian 05-4015222,” katanya.

 

 

 

 

Author

Pilihan Editor