HomeBeritaJualan ayam, telur RM10 di 4 lokasi ini esok!

Jualan ayam, telur RM10 di 4 lokasi ini esok!

CYBERJAYA: Jangan lepaskan peluang untuk membeli barangan asas dengan harga murah menerusi Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di empat lokasi esok mulai jam 10 pagi.

Jualan murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu akan diadakan di Kampung Olak Lempik (Sungai Pelek); Masjid Al-Istiqamah Batu 13 (Seri Serdang); Selayang Baru (Sungai Tua) dan Jalan Ramal 2, Taman Ramal Indah Fasa 3 (Sungai Ramal).

Menerusi program JER, orang ramai boleh membeli ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Untuk rekod, PKPS merangkul Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 susulan kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar sempena Aidilfitri.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lokasi terkini jualan murah, boleh membuat semakan di Facebook PKPS.

Author

Pilihan Editor