HomeBeritaJangan ganggu kestabilan politik negara – Agong

Jangan ganggu kestabilan politik negara – Agong

 

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan tidak akan melayan sebarang permintaan dari mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat kestabilan politik negara.

Baginda bertitah, semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk.

“Jika ada yang hendak bermain politik, tunggulah masa pilihan raya yang akan datang,” titah baginda pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 hari ini, lapor Kosmo!.

Baginda turut menyeru kepada semua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang supaya bersatu hati, berganding bahu dan bekerjasama untuk membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

“Di mata saya, kejayaan atau kegagalan negara ini bukan diletakkan di bahu Perdana Menteri sahaja, tetapi ia adalah tanggungjawab semua 222 Ahli Dewan Rakyat kerana Yang Berhormat semua telah diamanahkan oleh rakyat sebagai wakil rakyat mereka di dalam Kerajaan.

“Semua pihak sedia maklum keutamaan saya adalah keadaan hidup lebih 33 juta rakyat Malaysia di luar sana,” titah baginda.

Author

Pilihan Editor