HomeBeritaViralMajlis kahwin dah lama berakhir, tapi kanopi tak dibuka halang laluan lori...

Majlis kahwin dah lama berakhir, tapi kanopi tak dibuka halang laluan lori sampah

KETERUJAAN untuk melangsungkan majlis perkahwinan secara meriah semestinya menjadi impian buat kebanyakan pasangan raja sehari.

Namun, ada juga pihak yang dilihat kurang berpuas hati di sebalik detik kegembiraan yang dikongsi bersama orang ramai itu.

Ini selepas majlis perkahwinan terbabit didakwa menyukarkan urusan orang awam, apatah lagi ia berlangsung di kawasan yang sempit.

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa berang selepas kanopi yang dipasang di sebuah kawasan pangsapuri masih lagi tidak dikemas, meskipun majlis perkahwinan yang berlangsung sudah lama berakhir.

Menerusi video tular, wanita tersebut didengari mengeluh apabila pemasangan kanopi berkenaan didakwa menghalang laluan lori sampah.

Akibat daripada itu, sampah yang dibuang berhampiran kawasan tersebut dipercayai tidak dapat dikutip, sekali gus mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

“Kahwin kencang. hujung ke hujung (pasang) khemah. Ini PA system (sistem audio). Bawah tu rumah sampah. Cepat sikit kemas. Aku memang sakit hati ini,” kata wanita itu.

Difahamkan, pihak yang melangsungkan majlis perkahwinan itu merupakan anak kepada jiran wanita tersebut yang menetap di bawah rumahnya.

“Tolong ye, common sense duduk dekat kawasan macam ni. Wedding planner and event planner pun sama.

“Memang cuti sekolah tapi bukan semua cuti ye. Kau rumah bawah, bukan hak kau nak conquer tapak jalan semua ni semata-mata alasan anak kau kahwin sekali seumur hidup,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengganggap aduan yang dikemukakan wanita itu sebagai isu kecil dan tidak perlu diperbesarkan.

Perli @Aykashi11: Sebab tu kalau boleh cari duit lebih buat (majlis) dekat dewan. Sebab kadang-kadang buat dekat rumah walaupun tak bising pun ada yang busuk hati.”

Tulis @bdr27sept: “Ramai je yang complain perkara kecil macam ini. Dah duduk kawasan B40, hadap jelah jiran-jiran yang setaraf tu.”

Pada masa sama, ada juga yang menyarankan pihak terlibat supaya mengadakan majlis tersebut di lokasi yang lebih bersesuaian, bertujuan memberi keselesaan kepada orang ramai.

Pengguna @tuiter40 berkata: “Patut mereka ini sewa Dewan Serbaguna yang ada. Dewan memang ada di setiap kawasan seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Balai raya? Dewan Komuniti? Semua kemudahan awam ada sebenarnya.”

Tambah seorang lagi pengguna: “Besarnya khemah, macam buat event kerajaan. Yang boleh buat kenduri besar-besar mesti kaya. Kalau dah kaya, kenapa duduk flat?”

MEDIA VARIASI masih lagi tidak dapat memastikan lokasi sebenar kejadian, manakala pihak berkuasa masih belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung perkara itu setakat artikel ini ditulis.

Author

Pilihan Editor