HomeBeritaKebakaran Flat Sri Sabah: Tiada unsur jenayah dikesan

Kebakaran Flat Sri Sabah: Tiada unsur jenayah dikesan

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kebakaran membabitkan lima unit rumah di Block 70 Flat Sri Sabah, Cheras, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Majid berkata, siasatan berhubung kejadian itu masih diteruskan oleh pasukan bomba.

“Setakat ini, tiada unsur jenayah dikesan. Mangsa ketika kejadian sempat melarikan diri dari kebakaran yang berlaku,” katanya seperti dilapor Kosmo pada Rabu.

Terdahulu, media melaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur mengesahkan kebakaran itu berpunca daripada masalah pendawaian elektrik yang berlaku di unit tiga di tingkat 17 blok terbabit.

Punca kebakaran tersebut dikenal pasti hasil siasatan bahagian forensik JBPM Kuala Lumpur.

Laporan JBPM mendapati, punca kebakaran bermula di unit nombor 3. Difahamkan semasa kebakaran unit tersebut tertutup (pintu).

Malah, spekulasi yang dikongsikan oleh orang awam berkenaan punca kebakaran disebabkan oleh bunga api adalah tidak benar.

Author

Pilihan Editor