HomeBeritaNo plat ‘GOLD 1’ milik Agong

No plat ‘GOLD 1’ milik Agong

CYBERJAYA: Nombor pendaftaran kenderaan ‘GOLD 1’ kini dimiliki Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, selepas berjaya membidanya dengan nilai tertinggi dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM1.5 juta.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, di Istana Negara hari ini bagi mempersembahkan nombor pendaftaran kenderaan ‘GOLD 1’ kepada baginda secara simbolik

Dalam perkongsian sama, Sultan Ibrahim berkenan membayar RM1.5 juta kepada Kerajaan Persekutuan bagi nombor khas tersebut.

Untuk makluman, nombor pendaftaran itu adalah Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri GOLD sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 yang dilaksanakan pada 1 Februari hingga 5 Februari ini lalu.

Terdahulu, Anthony menyatakan bahawa bidaan bagi NPI siri GOLD dibuat secara dalam talian melalui Sistem JPJeBid bagi orang awam dan keputusan diumumkan pada 6 Februari lalu.

Menurutnya, bidaan bagi siri NPI adalah bertujuan untuk menambah hasil negara iaitu kesemua hasil bidaan kelak akan dimasukkan ke dalam akaun disatukan dengan 50 peratus daripadanya akan dikembalikan semula kepada Kementerian Pengangkutan.

 

Author

Pilihan Editor