HomeBeritaViralNetizen cari pemilik not RM50 'tinggalan arwah bapa'

Netizen cari pemilik not RM50 ‘tinggalan arwah bapa’

KENANGAN atau memori yang indah pasti akan dikenang sehingga akhir hayat dalam hidup setiap manusia.

Demikianlah, yang terzahir di hati para netizen apabila melihat satu hantaran yang tular dikongsi oleh pemilik Facebook, Tuah Lim mengenai penemuan not RM50 yang dipercayai peninggalan terakhir arwah ayah seorang individu yang tidak dikenali.

“Kot-kot ada pemilik asal nak semula duit ni..dapat daripada mesin ATM,” tulis Tuah Lim di hantaran berkenaan.

Menerusi hantaran tersebut, kelihatan satu foto memaparkan not RM50 dengan catatan tertera; “Duit last ayah bagi 11/5/20 Al-fatihah”, sekali gus meyakinkan Tuah Lim bahawa not itu mempunyai nilai sentimental terhadap pemilik asalnya.

Difahamkan, Tuah Lim memperoleh not RM50 itu menerusi mesin ATM.

Hantaran foto berkenaan nyata mendapat perhatian warga net sehingga rata-rata netizen mula menggunakan kuasa ‘viral’ untuk membantu Tuah Lim mencari pemilik asal not tersebut.

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis masih tiada sebarang individu atau pihak yang membuat tuntutan not RM50 tersebut.

Pada masa sama, warga net turut meluahkan rasa simpati di ruangan komen dan berharap agar pemilik asal dapat menemui duit tersebut dengan kadar segera.

“Kalau kita lihat nilai duit itu, memang besar. Tapi bila tengok apa yang ditulis, lagi besar nilainya’- Siko Leyley

“Mesti empunya tu simpanelok-elok tapi terpaksa juga guna sebab hidup sekarang ni tidak mudah.. Kita orang luar pun rasa sakit apatah lagi empunya badan”- Norhayati Khuzaimah

“Dia nak simpan buat kenangan, mungkin terdesak jadi dia guna juga”- Ejat Safri

“Sebaknya, akhirnya terpaksa lepaskan moga duit tu dapat dipulangkankan semul dekat tuan dia”- Yaya Fida

Author

Pilihan Editor