HomeHiburanPeminat teruja, Datuk Siti Nurhaliza 'power' menembak

Peminat teruja, Datuk Siti Nurhaliza ‘power’ menembak

PENYANYI nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya sering berkongsi tentang aktiviti harian termasuklah aktiviti riadah kepada para peminatnya di laman sosial. 

Baru-baru ini, menerusi perkongsian di Instagram, Siti memaklumkan dia baharu sahaja selesai memperbaharui lesen menembak.

Bukan itu sahaja, menerusi perkongsian itu, dia turut menyertai pertandingan menembak amal yang dianjurkan oleh Pihak Polis Diraja Malaysia.

“Semalam perbaharui lesen menembak, dan pertandingan menembak amal. Bila dapat arahan kene tembak (license plate merah) dari Tuan OCPD, saya pun menurut perintah tuan,” tulisnya.

Malah, peminat-peminat juga teruja melihat kepakaran menembak tepat ke arah sasaran oleh Siti yang ditunjukkan menerusi perkongsian tersebut.

Bagaimanapun, kepakaran menembak tersebut nyata tidak dapat menandingi suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

“Tapi tak boleh lawan Datuk K la. Team dia menang semalam. Ada lagi waktu kita boleh lawan balik,” katanya.

Rata-rata netizen kagum dengan bakat serba boleh yang dimiliki penyanyi tersohor itu.

“Hebat Datuk Siti,”- puji @rubiyanti_rubay.

“Apa je seorang Siti Nurhaliza ni tak boleh buat?” kata @BondaRatuSiti.

“Okay hebat, 4 plate jatuh, bukan biasa-biasa,”  komen @nadiahrami.

Author

Pilihan Editor