HomeGaya HidupRisau atau 'anxiety'? Jom semak tanda-tanda ini...

Risau atau ‘anxiety’? Jom semak tanda-tanda ini…

KEHIDUPAN yang penuh dengan masalah pastinya membuatkan seseorang itu mudah berasa risau dan gundah-gulana.

Menurut Publich Health Malaysia (PHM), kerisauan adalah satu perasaan yang normal apabila berhadapan dengan situasi tertentu seperti peperiksaan dan sudah hampir dengan deadline.

Kerisauan itu sewajarnya menghilang selepas selesainya sesuatu cabaran itu.

Berbeza dengan kebimbangan atau kerap disebut ‘anxiety’ iaitu salah satu penyakit mental.

Menurut PHM, apabila seseorang individu sentiasa berada dalam kerisauan dan cemas tidak mengira waktu atau situasi, mereka berpotensi mengalami anxiety sekali gus menjejaskan kehidupan dan pekerjaan individu.

Jom ketahui 6 punca yang boleh mengakibatkan anda mengalami kebimbangan berpanjangan:

  1. Kesan trauma zaman kanak kanak
  2. Pengasingan sosial, kesunyian
  3. Peristiwa yang negatif- kematian, penceraian,kemalangan
  4. Tekanan yang berkaitan dengan pekerjaan atau pendidikan
  5. Masalah kesihatan fizikal
  6. Tekanan sosial dan masyarakat
Foto: FB Public Health Malaysia

Author

Pilihan Editor