HomeBeritaViralKuasa netizen! Kucing 'kaki tido' jadi duta Setel

Kuasa netizen! Kucing ‘kaki tido’ jadi duta Setel

TINDAKAN seorang lelaki memuat naik gambar seekor kucing yang nyenyak tidur di sebuah stesen minyak tular di aplikasi X, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di akaun @aki_twitchy, foto berkenaan meraih perhatian netizen kerana lelaki berkenaan seolah-olah membuat laporan tentang etika bekerja ‘pekerja’ yang mencuri tulang.

Foto: X @akif_twitchy

“Hi @setel mohon ambil tindakan kat pekerja ni dia tidur masa kerja. Ini dah melanggar etika bertugas.”- @akif_twitchy

Malah, perkongsian itu turut mendapat perhatian akaun rasmi milik Setel yang memberi maklum balas seperti:

“Kami minta maaf, disebabkan cuaca yang panas baru-baru ini, pekerja kami agak terkesan”

Foto tular itu juga membuatkan pihak Setel mengeluarkan kenyataan baru-baru ini, bahawa pihak mereka akan mengambil kucing tersebut menjadi duta aplikasi berkenaan sekiranya jumlah pengikut di akaun rasmi media sosial Setel mendapat lebih 7,500 pengikut.

Menyahut cabaran itu, netizen berganding bahu merialisasikan perkara tersebut dan secara rasmi pihak Setel mengumumkan kucing tersebut merupakan duta baharu aplikasi Setel.

Foto: X @akif_twitchy

Antara komen-komen lucu yang ditinggalkan netizen adalah:

“Harap HR Petronas dapat bantu cover perbelanjaan bersalin beliau. Ibu tunggal harus dibantu”- @akusegan

“Senang kau dapat kerja dik, tidur atas jalan dapat jadi duta, takpelah rezeki awak”- @mzhbs_

“Buatkan dia kek wet food please! Jangan lupa cucuk lilin!- @Ismixxl

“Sediakan tempat tido yang selesa. Kalau boleh ada tilam”-@zaynzaidin7

“Jangan paksa dia buat kerja 45 jam seminggu ya”-@wanhafiz

Author

Pilihan Editor