HomeGlobalSekurang-kurangnya 19 terkorban, berpuluh-puluh cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza

Sekurang-kurangnya 19 terkorban, berpuluh-puluh cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza

 

GAZA: Sekurang-kurangnya 19 orang awam terkorban dan berpuluh-puluh cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Nuseirat dan kejiranan Zeitoun di Genting Gaza yang terkepung, pada Rabu malam.

Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara yang menyasarkan rumah keluarga Da’alis di barat kem Nuseirat, mengakibatkan kematian 17 orang awam dan berpuluh-puluh yang lain cedera, lapor WAFA.

Sumber perubatan juga mengesahkan pembunuhan wartawan Ihab Nasrallah dan isterinya selepas menjadi sasaran tentera rejim yang berpindah ke kejiranan Zeitoun di Kota Gaza. Tiga anak wartawan itu melecur teruk dalam serangan itu.

Sumber berkata, beberapa orang awam cedera selepas tentera penjajah Israel menyerang sekumpulan penduduk di kawasan kejiranan Brahma di selatan Rafah, di selatan Gaza.

Artileri Israel juga membedil salah satu menara di bandar Hamad yang dibiayai Qatar di sebelah barat Khan Yunis, di selatan.

Author

Pilihan Editor