HomeGlobalTentera Houthi umum serang kapal dagang AS tepat ke sasaran

Tentera Houthi umum serang kapal dagang AS tepat ke sasaran

 

TENTERA Houthi Yaman berkata mereka menyerang sebuah kapal dagang Amerika Syarikat (AS) yang menuju ke pelabuhan Palestin dengan beberapa peluru berpandu yang tepat mengena sasaran.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree mengumumkan perkembangan itu dalam kenyataan yang disiarkan di saluran televisyen pada Rabu, lapor Anadolu.

“Sebagai menentang ketidakadilan terhadap penduduk Palestin yang menghadapi kekejaman tentera Israel sehingga saat ini, dan sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika-Britain ke atas negara kami, angkatan tentera laut kami melancarkan operasi bagi menyerang kapal dagang Amerika, Cole, yang belayar menuju ke pelabuhan di kawasan Palestin yang diduduki.

“Operasi ketenteraan ini berlangsung beberapa jam selepas angkatan tentera laut Houthi menyerang kapal pemusnah Amerika di Laut Merah dengan beberapa peluru berpandu, yang kena tepat pada sasaran,” katanya.

Saree berkata, angkatan tentera Yaman akan membalas serangan tentera Amerika-Britain dan tidak teragak-agak akan melakukan lebih banyak operasi ketenteraan sebagai membalas tindakan tentera Amerika dan Britain terhadap Yaman.

Pihak berkuasa AS masih belum memberi sebarang maklum balas terhadap kenyataan Saree.

Author

Pilihan Editor