HomeBeritaViralPekerja restoran mamak selamba kencing di longkang

Pekerja restoran mamak selamba kencing di longkang

MENJIJIKKAN. Demikian perkataan boleh digambarkan terhadap seorang lelaki, yang bertindak membuang air kecil di longkang kawasan terbuka berhampiran sebuah restoran mamak tempatnya bekerja.

Menerusi video tular, lelaki yang dipercayai pekerja warga asing itu dilihat masih memakai apron dan sedang berdiri menghadap sebatang longkang, sambil memerhatikan keadaan sekeliling di belakang sebuah bangunan.

Video berdurasi 21 saat itu turut memaparkan, individu yang memakai penutup kepala itu kemudian membuka zip seluar dan membuang air kecil ke dalam longkang, sebelum beredar tanpa membersihkan tangannya.

Difahamkan, longkang tersebut berada di belakang restoran berkenaan yang terletak di Jalan Hang Tuah, Melaka.

Bukan itu sahaja, restoran tersebut juga dipercayai tidak dilengkapi dengan kemudahan tandas.

Author

Pilihan Editor