HomeGaya HidupPakar perjelaskan khasiat pisang untuk diet kehamilan

Pakar perjelaskan khasiat pisang untuk diet kehamilan

PERNAHKAH anda tertanya-tanya sama ada pisang boleh menjadi sebahagian daripada diet kehamilan anda? 

Berikut adalah senarai sebab yang disyorkan pakar untuk memasukkan pisang ke dalam diet anda.

Pisang mempunyai profil nutrien yang kaya dan tekstur yang memuaskan. Walaupun terdapat perdebatan mengenai kemanisan dan kandungan kanjinya, pakar mengesyorkan memasukkan pisang dalam diet kehamilan.

Apa yang menjadikan pisang makanan sihat semasa kehamilan?

Menurut perkonsian perunding kehamilan ‘Mom and Baby care’ di Instagram, adalah penting untuk menambah pisang dalam diet harian anda semasa hamil. 

Pisang diperkaya dengan asid folik, zat besi, dan beberapa vitamin penting yang membantu meningkatkan tenaga anda dan pertumbuhan keseluruhan bayi.

Berikut merupakan lima sebab utama menjadikan pisang sebahagian daripada diet kehamilan anda:

  1. Membantu kurangkan morning sickness

Morning sickness atau gejala loya biasa terjadi pada ibu mengandung terutamanya di awal kehamilan. Menurut pakar, pisang penuh dengan vitamin B yang mempunyai kesan anti-loya semulajadi kepada wanita hamil untuk mengurangkan morning sickness.

  1. Mengurus tekanan darah

Pisang dikatakan mengandungi sejumlah besar kalium, yang penting untuk mengekalkan tahap tekanan darah yang sihat. Kehamilan sering membawa kepada turun naik tekanan darah. Oleh itu, dengan pengambilan pisang secara berkala ia dapat mengurangkan masalah tersebut.

  1. Meningkatkan tahap hemoglobin

Tahap zat besi yang rendah telah menjadi masalah utama bagi wanita hamil. Oleh itu, paras zat besi yang kaya dalam pisang boleh membantu meningkatkan tahap tenaga wanita hamil dan selalunya berfungsi sebagai suplemen zat besi semula jadi dalam diet.

  1. Membantu perkembangan otak bayi

Vitamin B6, zat besi, dan asid folik dianggap penting untuk perkembangan kesihatan otak. Oleh itu, masukkan pisang dalam diet anda dapat membantu kesihatan otak bayi dalam kandungan.

  1. Mengurangkan pedih ulu hati

Perasaan keasidan dan pedih ulu hati yang berterusan adalah tidak selesa. Walaupun gejala tidak dapat dielakkan sepenuhnya, pisang dikatakan dapat mengekalkan tahap keasidan dalam esofagus dan perut anda, memberikan anda sedikit kelegaan.

Bagaimanapun, anda disarankan untuk rujuk pakar kehamilan terkebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan untuk menjamin kesihatan bayi dalam kandungan.

Author

Pilihan Editor