HomeBeritaIOI City Mall tutup operasi sementara susulan gangguan bekalan elektrik

IOI City Mall tutup operasi sementara susulan gangguan bekalan elektrik

PUTRAJAYA: Pusat beli-belah, IOI City Mall akan menutup operasi untuk sementara waktu susulan gangguan bekalan elektrik pada hari ini.

Pihak pengurusan IOI City Mall dalam satu kenyataan meminta semua pelanggan mengosongkan premis dan menangguhkan hasrat membeli-belah buat seketika.

Menurut kenyataan itu, pusat beli-belah tersebut menghadapi gangguan bekalan elektrik dan kini berada dalam pantauan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Terdahulu, pempengaruh dan usahawan kosmetik, Syedewa memaklumkan penutupan  pusat beli-belah berkenaan di laman X.

Team aku kt IOI City Mall inform yang kat sana tiada elektrik. Mall kena tutup dan kiosk aku kat sana pun kena tutup sebab tak boleh operate,” katanya menerusi ciapan itu.

Pusat beli-belah berkenaan dijangka akan beroperasi semula antara jam 1 hingga 5 petang hari ini.

https://twitter.com/syedewa/status/1773175203729645989?s=20

Sementara itu, pasukan TNB telah tiba di lokasi untuk memulakan kerja-kerja pemulihan kabel yang terjejas.

Dua set janakuasa bergerak 1000kVA juga telah disediakan untuk memberi bekalan kepada kompleks tersebut.

Author

Pilihan Editor