HomeBeritaMohd Na'im jalani pembedahan buang kelenjar

Mohd Na’im jalani pembedahan buang kelenjar

CYBERJAYA:  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar akan menjalani prosedur pembedahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang.

Menerusi hantaran di laman X, pada Khamis, Mohd Naim berkata, prosedur berkenaan dijangka berlangsung pada jam 8 pagi Khamis.

“Kelenjar ini perlu dibuang untuk mengatasi kesakitan yang saya alami sepanjang minggu ini,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, beliau turut memohon doa agar pembedahan berjalan lancar selain berdoa kesembuhan buatnya.

“Mohon kepada sahabat sekalian untuk mendoakan kejayaan hari ini dan keafiatan saya selepas ini untuk terus beribadah serta melaksanakan amanah ini dengan sebaik-baiknya,” ujar Mohd Na’im.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai menggandakan amal ibadah sempena Nuzul Quran.

“Kita gandakan amal ibadat khususnya bersedekah dan memberi banyakndumbangan khususnya kepada saudara kita di Palestin.

“Semoga Allah SWT memberi perlindungan dan keselamatan kepada mereka daripada terus dicerobohi serta dibunuh oleh rejim Israel,” katanya.

Author

Pilihan Editor