HomeGlobalPakar jelaskan sebab ais kering tidak selamat dimakan

Pakar jelaskan sebab ais kering tidak selamat dimakan

BARU-BARU ini, terdapat kes di mana lima orang pelanggan di Kafe Laforestta, New Delhi, dimasukkan ke hospital selepas tersilap dihidangkan ais kering sebagai penyegar mulut. 

Video tular itu menunjukkan beberapa orang muntah darah dan melaporkan rasa terbakar di dalam mulut mereka.

Susulan  tragedi itu, timbul pelbagai persoalan daripada warganet tentang, mengapa ais kering dikatakan berbahaya?

Perunding Utama, Jabatan Perubatan Dalaman, Hospital CK Birla, Dr Tushar Tayal berkata, ais kering boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kulit dan organ dalaman kerana suhunya yang sangat rendah. 

“Menyentuh ais kering sama seperti menyentuh sesuatu yang sangat panas. Jika anda memegang sekeping ais kering yang sejuk selama lebih dari satu saat atau lebih, sel-sel kulit anda akan membeku dan mula mati. Sentuhan berpanjangan dengan ais kering menyebabkan radang dingin, yang boleh menyebabkan luka bakar dan parut,” katanya.

Ais kering dan nitrogen cecair sering digunakan dalam makanan dan minuman oleh restoran dan kafe untuk kesan asapnya, yang boleh menjadikan hidangan kelihatan lebih menarik dan mewah.

Nitrogen cecair hanyalah nitrogen yang telah berubah daripada keadaan gas aslinya kepada keadaan cecair. 

Nitrogen cecair mempunyai takat didih kira-kira -196 darjah Celsius. 

Ia dihasilkan secara penyulingan melalui pecahan udara cecair, malah digunakan dalam cryotherapy, cryogenics dan kegunaan dalam masakan.

“Ais kering dan nitrogen cecair tidak dimaksudkan untuk dimakan kerana boleh menyebabkan kemudaratan teruk jika tertelan,” lapor india.com

Hal ini kerana, kedua-dua ais kering dan nitrogen cecair akan memberi kesan sampingan seperti muntah, pendarahan, dan komplikasi kesihatan yang teruk terhadap penggunanya.

Author

Pilihan Editor