[VIDEO] Program Intervensi 3 Bulan buat murid lemah 3M

0
110

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Program Intervensi Literasi dan Numerasi sebagai langkah pengesanan murid Tahun 1, yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, program berkenaan yang dijangka bermula Julai ini akan menyaksikan pengesanan awal melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) setelah murid mengikuti persekolahan selama tiga bulan.

Author