[VIDEO] 4 wanita lahir di Malaysia dinafi kerakyatan

0
61

SERAMAI empat wanita didakwa dinafikan kewarganegaraan Malaysia oleh kerajaan, meskipun dilahirkan dan dibesarkan di negara ini.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Khairunnisa Ibrahim, Wiwin Handayani, Seri Mulyati dan Vanessa juga bukan merupakan warganegara di mana-mana negara lain.

Menurut Lawyers For Liberty (LFL), keempat-empat wanita tersebut berhak mendapat kewarganegaraan Malaysia mengikut Perkara 14 (1)(b) dan Bahagian II Jadual Kedua, Seksyen 1(a) dan/atau 1(e) Perlembagaan Persekutuan.

LFL berkata, keengganan kerajaan Malaysia untuk mengiktiraf kewarganegaraan menyebabkan mereka berdepan cabaran besar termasuk akses terhad kepada pendidikan, penjagaan kesihatan, peluang pekerjaan, ketakutan berterusan ditangkap berikutan kekurangan dokumen pengenalan diri.

Perkara itu dimaklumkan menerusi sidang media yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Authors