HomeHiburanAbby sambut raya bersama Marissa, Aslam

Abby sambut raya bersama Marissa, Aslam

KETIBAAN Syawal semestinya memberi ruang dan kesempatan buat seisi keluarga untuk berkumpul dan saling bermaaf-maafan.

Kesempatan itu digunakan pelakon dan penyanyi, Abby Abadi untuk berkumpul bersama seluruh ahli keluarga termasuk anaknya perempuannya Marissa Dania bersama suami iaitu Aslam.

Menerusi perkongsian di Instagram pada Khamis, Abby berkongsi detik-detik sambutan Syawal tersebut termasuk video kehadiran Marissa membawa Aslam bertemu keluarga.

“Meraikan kemenangan Aidilfitri dengan mengajar diri kita bahawa setiap kesilapan memiliki ruang untuk diperbaiki.

“Setiap luka mempunyai kesempatan untuk diubati,” ujarnya menerusi hantaran tersebut.

Malah, bekas penyanyi kumpulan Elite itu juga menganggap Hari Raya Aidilfitri kali ini memberi ruang buat memperbaiki semua kesilapan lalu.

Meskipun sebelum ini, kecoh kisah mereka menjadi bualan ramai, nampaknya hubungan antara keluarga tersebut kembali jernih dengan kehadiran Marissa yang meraikan 1 Syawal bersama.

Menerusi video berkenaan, kelihatan Aslam dan Marissa tiba disambut oleh Norman dan Memey.

Pasangan itu kemudian datang menyantuni Abby yang sudah ada di sana.

Abby juga dilihat memeluk erat Marissa sebelum dia bersalaman dengan menantunya, Aslam.

Perkongsian tersebut mendapat pujian banyak pihak selain terus mendoakan kebahagian keluarga besar mereka.

Sebagai rekod, 27 Disember tahun lalu, pasangan tersebut mendapat perhatian ramai apabila Marissa dan Aslam bernikah tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama suaminya di Songkhla, Thailand.

Author

Pilihan Editor