HomeBeritaAgong, Raja Permaisuri zahir ucapan ulang tahun keputeraan Sultan Terengganu

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan ulang tahun keputeraan Sultan Terengganu

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan ke-62 kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Turut menzahirkan ucapan sama adalah Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Jumaat.

“Semoga Allah SWT merahmati baginda dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia baginda,” menurut poster itu.

Tanggal 26 April merupakan hari kelepasan am bagi Terengganu sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu.

Author

Pilihan Editor