HomeBeritaBomba bantu murid kaki tersepit di besi longkang

Bomba bantu murid kaki tersepit di besi longkang

KUCHING: Seorang murid lelaki terpaksa menggunakan khidmat khas bomba bagi mengeluarkan kakinya yang tersepit di celah besi longkang di Bintulu, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 12.50 tengah hari.

Menurutnya, sepasukan 10 anggota termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi didapati kaki seorang kanak-kanak lelaki tersepit di celah besi penutup longkang di Jalan Kampung Baru Masjid Darul Salam.

“Pasukan bomba bertindak menggunakan ‘rescue tool’ bagi memotong besi itu sehingga berjaya mengeluarkan kaki murid terbabit,” katanya.

Bagaimanapun menurut laporan Harian Metro, murid terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Author

Pilihan Editor