HomeBeritaLebih 6,000 guru lantikan kontrak ditempatkan di seluruh negara - KPM

Lebih 6,000 guru lantikan kontrak ditempatkan di seluruh negara – KPM

SERAMAI 6,034 orang guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh negara mulai Isnin.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, seramai 1,858 daripada keseluruhan jumlah guru baharu COS berkenaan ditempatkan di sekolah menengah, manakala baki 4,176 lagi di sekolah rendah.

“Penempatan guru baharu COS dibuat berdasarkan kepada tiga prinsip asas iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen atau mata pelajaran semasa di sekolah.

“KPM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas lantikan guru baharu COS, bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah-sekolah seluruh negara,” katanya.

Dalam kenyataan sama, KPM memaklumkan, pihaknya dan SPP akan terus bekerjasama erat bagi memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi.

Pelantikan guru baharu COS itu merupakan cerminan komitmen berterusan kerajaan Madani untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Author

Pilihan Editor