HomeGlobalDua lelaki larikan diri selepas dikesan lakukan oral seks di Festival Songkran

Dua lelaki larikan diri selepas dikesan lakukan oral seks di Festival Songkran

BANGKOK: Dua lelaki warga Korea berjaya meloloskan diri selepas dikesan melakukan oral seks di khalayak ramai pada perayaan Songkran di Soi Ratchadaphisek, Thailand, pada Selasa. 

Penguasa Balai Polis Huai Khwang, Pol Kol Prasopchok Lampinij berkata, siasatan dilakukan terhadap suspek sejurus mendapat makluman daripada orang awam.

Selain itu,  aksi tidak senonoh suspek juga sempat dirakam oleh orang awam sebelum tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.

Menerusi video tersebut, seorang pengawal keselamatan dilihat telah campur tangan untuk menghalang perbuatan tidak senonoh mereka.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh didakwa mengikut Seksyen 388 dan denda tidak melebihi 5,000 baht (RM647.70) akibat berkelakuan sumbang di khalayak ramai.

Bagaimanapun menurut laporan Khaoso, polis imigresen mengesahkan kedua-dua suspek telah berjaya melarikan diri dari Thailand selepas diburu pihak berkuasa.

Untuk rekod, Songkran adalah perayaan tahun baharu tradisional masyarakat Thailand, yang menjadi salah satu perayaan terbesar dan terpenting di negara itu.

Perang air merupakan salah satu daya tarikan utama dalam festival ini. Hal ini kerana pada waktu tersebut semua orang bebas untuk menyimbah atau menembak pistol air ke arah sesiapa sahaja tanpa menjadi kesalahan.

Festival Songkran yang disambut di Thailand.

Author

Pilihan Editor