HomeHiburanPelakon veteran, Jaafar Onn meninggal dunia

Pelakon veteran, Jaafar Onn meninggal dunia

PELAKON dan pengacara veteren, Jaafar Onn meninggal sekitar pukul 11 di Hospital Serdang, hari ini.

Penyanyi, Haiza Hanafi, merangkap rakan baik kepada pelakon tersebut mengesahkan perkara tersebut setelah mendapat perkhabaran duka itu daripada anak angkat Allahyarham iaitu Hafiz, lapor Mstar.

Pemergian pelakon drama bersiri remaja Cili Padi ini dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun.

Terdahulu, media tempatan  melaporkan tentang tahap kesihatan pelakon tersebut yang dilaporkan merosot sejak akhir-akhir ini.

Pada 2 April, Allahyarham telah dikejarkan ke zon kritikal di hospital Serdang sekitar 12 pagi selepas dikesan buang air besar berdarah.

Menurut Hafiz, pelakon itu turut mengalami tekanan darah dan bacaan heamoglobin yang rendah semasa mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.

Author

Pilihan Editor