HomeBeritaPeruntukan Ahli Parlimen pembangkang: Anwar dijangka pengerusikan mesyuarat petang ini

Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang: Anwar dijangka pengerusikan mesyuarat petang ini

 

PUTRAJAYA: Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan akan bermesyuarat, petang ini, bagi membincangkan isu pengagihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Difahamkan, mesyuarat itu akan berlangsung pada jam 5.30 petang ini di Kompleks Seri Perdana, di sini.

Berita Harian melaporkan, semua pimpinan tertinggi parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan dijangka menghadiri mesyuarat itu dengan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, sebelum ini dilaporkan berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Beliau berkata, ia susulan perjumpaan pemimpin Perikatan Nasional (PN) dengannya di Parlimen pada 19 Mac lalu.

Perjumpaan itu membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; dan Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Author

Pilihan Editor