HomeBeritaPesawat ringan mendarat cemas, landasan ditutup di LTSAAS

Pesawat ringan mendarat cemas, landasan ditutup di LTSAAS

PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan bahawa, pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB telah melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) dekat Subang, Selangor pada Jumaat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud, pesawat dikendalikan oleh Techstrait Ltd. itu berlepas  dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada jam 8.26 pagi.

Jelasnya, pihak Menara Kawalan Trafik Udara Subang telah menerima panggilan kecemasan sejurus selepas pesawat berlepas.

“Pesawat kemudiannya membuat pendaratan kecemasan pada jam 8.28 pagi.

“Dua juruterbang di dalam pesawat dilaporkan selamat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, landasan lapangan terbang berkenaan ditutup sementara dari operasi penerbangan sehingga pesawat tersebut dialihkan.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” tambahnya.

Author

Pilihan Editor