HomeBeritaMahkamah & JenayahSuspek cuba tembak isteri di KLIA ditahan reman 7 hari

Suspek cuba tembak isteri di KLIA ditahan reman 7 hari

 

KOTA BHARU: Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, yang ditahan di Jalan Bayam, di sini, semalam ditahan reman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret, hari ini.

Tahanan reman suspek, Hafizul Hawari, 38, bermula hari ini sehingga Isnin depan untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid.

Terdahulu suspek yang ditahan di Jalan Bayam, di sini, semalam tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi.

Suspek memakai baju lokap tiba dengan menaiki kereta polis diiringi empat pegawai termasuk anggota polis, lapor Berita Harian.

Suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.

Dalam kejadian jam 1.20 pagi Sabtu lalu, beberapa das tembakan yang dilepaskan suspek menggemparkan orang ramai di balai ketibaan terletak di aras tiga KLIA.

Suspek dipercayai cuba menembak isterinya dengan menggunakan sepucuk pistol ketika wanita itu menunggu jemaah umrah pulang dari Tanah Suci di Balai Ketibaan Antarabangsa bersama dua pengawal peribadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, pada sidang media dilaporkan berkata, suspek melepaskan dua das tembakan ke arah isterinya.

Katanya, satu das tembakan tersasar, namun satu lagi das tembakan terkena seorang pengawal peribadi isteri suspek.

Mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun terkena tembakan pada bahagian perut. Sehingga kini, mangsa yang dirawat di Hospital Cyberjaya belum sedarkan diri.

 

Author

Pilihan Editor