HomeBeritaTun M dakwa undang-undang kini 'mengancam rakyat'

Tun M dakwa undang-undang kini ‘mengancam rakyat’

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang kini digunakan untuk ‘mengancam rakyat’.

Beliau berkata, ancaman dibuat kepada mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan yang dibuat oleh kerajaan menerusi mahkamah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik ke akaun X miliknya, beliau menyatakan bahawa kedaulatan undang-undang yang dipercayai oleh rakyat seharusnya diwujudkan untuk melindungi, namun kini ia digunakan sebagai alat untuk mengancam.

Tambahnya, proses tersebut memerlukan penyelidikan besar-besaran terhadap semua transaksi dalam tempoh 40 tahun yang lalu.

“Kebanyakan orang tidak menyimpan rekod aktiviti mereka dalam tempoh masa yang panjang itu. Tetapi, kegagalan untuk melaporkan sebarang tindakan boleh ditafsirkan sebagai sengaja menahan maklumat.

“Ia boleh mengakibatkan tindakan undang-undang yang mahal dan berpanjangan. Ia boleh mengakibatkan penjara. Itulah ancamannya.

“Kita percaya kepada keluhuran undang-undang. Kita beranggapan undang-undang dibuat untuk melindungi kita. Tapi kini kita lihat undang-undang digunakan untuk mengancam kita,” katanya menerusi hantaran di X.

Author

Pilihan Editor