HomeBeritaInsiden pokok tumbang: Mangsa lelaki dibenar keluar hospital

Insiden pokok tumbang: Mangsa lelaki dibenar keluar hospital

SEORANG daripada dua individu yang cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail dekat ibu negara pada Selasa telah dibenarkan keluar dari hospital pada Rabu pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Naazron Abd Yusof berkata, lelaki berusia 26 tahun yang merupakan pemandu e-hailing dibenarkan keluar dari hospital pada jam 6 pagi, manakala penumpangnya iaitu seorang wanita warga Sweden berusia 72 tahun masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Jumlah mangsa yang cedera dalam kejadian itu kekal dua orang,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Naazron berkata, setakat ini, polis menerima 18 laporan berhubung kerosakan kenderaan akibat kejadian yang dipercayai berlaku pada jam 2.19 petang, semasa hujan lebat dan angin kuat.

Kejadian itu juga menyebabkan seorang pemandu peribadi, Md Rizal Atan, 47, maut dan menyebabkan gangguan perkhidmatan monorel, selepas dahan pokok yang berusia lebih 50 tahun turut menimpa landasan pengangkutan awam tersebut.

 

 

 

Author

Pilihan Editor