HomeBeritaUMNO tak tukar prinsip meskipun kerjasama dengan DAP, PH - Puad

UMNO tak tukar prinsip meskipun kerjasama dengan DAP, PH – Puad

UMNO tidak pernah menukar prinsip perjuangan, meskipun setelah mengadakan dengan DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi menegaskan bahawa, parti itu tetap menjaga prinsip apabila mengadakan kerjasama, namun hanya menukar kaedah, uslub dan manhaj perjuangan.

“UMNO pernah berkawan dengan Gerakan. Di awal penubuhannya, parti itu dicop cauvinis. UMNO juga berkawan dengan PAS yang ketika itu isu mengkafirkan lawan panas.

No Anwar No DAP adalah manhaj sebelum PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15). Di PRU15, Barisan Nasional (BN) dan PH berlawan. Tetapi, selepas PRU15 manhaj berubah.

“Ada keperluan mendesak. Kerajaan perlu dibentuk. Ia titah Yang di-Pertuan Agong. UMNO setuju. Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan PAS saja ingkar kerana ‘bodoh sombong’,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tangkap layar hantaran Mohd Puad di laman Facebook pada Sabtu.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad yang difahamkan mendakwa bahawa, UMNO menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH.

Mengulas lanjut, Mohd Puad Puad Zarkashi yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor menyifatkan bahawa, Wan Ahmad Fayhsal sebagai terlalu naif kerana tidak dapat membezakan antara prinsip dan manhaj perjuangan.

“Dia mentah dalam liku pemikiran politik. Dia cuma melalui liku-liku pertukaran kerajaan.

“Masuk politik dengan mudah. Masuk terus jadi YB (Yang Berhormat),” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit tersebut berkata, UMNO adalah penyumbang politik lebih terbuka apabila bekerjsama dengan DAP, manakala BN pula tidak menyertai PH.

Sedangkan, katanya, Bersatu dan PAS lebih awal bersekongkol dengan DAP dan bergabung dalam PH dan Pakatan Rakyat.

“UMNO tidak dicucuk hidung dalam isu kalimah Allah. PH yang bisu. UMNO mewakili suara orang Melayu dalam kerajaan,” katanya.

Author

Pilihan Editor