HomeMV+BongkarBongkar Siri 5: Tanah Melayu harga 99 sen!

Bongkar Siri 5: Tanah Melayu harga 99 sen!

KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat Felda Lembah Klau di Raub hanya mengunci mulut selepas diminta mengulas pendedahan 447 warga peneroka berhubung dakwaan salah laku yang membawa kepada pengambilan nilai tanah ‘diturunkan’ daripada RM3.45 hingga 99 sen sekaki.

Wakil rakyat kawasan berkenaan tidak  memberikan sebarang penjelasan selepas wartawan MEDIA VARIASI cuba mendapatkan beliau sebaliknya, mencadangkan usaha melaporkan isu terbabit diteruskan.

Malah beliau memetik pula nama Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Raub, Datuk Mohd Fakrunizam Ibrahim.

“Dah banyak ‘viral’, bagus la. Teruskan usaha, Datuk Pakrulnizam (Fakrunizam) pun bagus orangnya,” demikian pesanan ringkas ditinggalkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Sebelum ini, terdapat dakwaan wakil rakyat cuba mendapatkan senarai warga peneroka Felda Lembah Klau yang belum menerima pampasan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas isu pembongkaran penyelewengan pengambilan tanah di kawasan itu, tular.

Sementara itu, semakan dibuat membabitkan pemaju Krau Plantation Sdn Bhd atas arahan Pesuruhjaya Sumpah Persekutuan di kawasan itu mendapati, ia syarikat pertanian yang dipercayai sudah berdaftar pada 2010 dan masih aktif.

Malah, peneroka turut mendakwa kawasan diambil alih syarikat berkenaan yang sebelum ini di bawah Felda Plantation Sdn Bhd.

Bagaimanapun, Fakrunizam yang juga Presiden Persatuan Anti Diskriminasi dan Salah Laku, mendakwa syarikat berkenaan digunakan sebagai ‘dummy’ sahaja bagi mengelirukan rakyat di Felda Lembah Klau.

“Banyak (syarikat) been created as dummy. Orang kampung ditipu,” katanya ketika dihubungi.

Berita berkaitan:

Bongkar Siri 1: Tanah Melayu harga 99 sen!

Bongkar Siri 2: Tanah Melayu harga 99 sen!

Author

Pilihan Editor