HomeNiagaUsahawanBougas Beauty inspirasi pemimpin wanita Bugis

Bougas Beauty inspirasi pemimpin wanita Bugis

CYBERJAYA: Wanita pemegang kuasa, lelaki pemimpin negara, tetapi jenama kecantikan tempatan Bougas Beauty mengangkat wanita sebagai pemimpin khususnya dalam menaikkan ekonomi keluarga dan negara.

Bougas berasal dari perkataan Bugis yang disebut dalam Bahasa Inggeris sebagai mengenang perjuangan nenek moyang pengasasnya, Erni Mohd Amin yang berketurunan Bugis.

Erni

“Mak ayah saya memang berasal dari Bugis dan pemimpin suku kaum Bugis adalah wanita.

“Kehebatan wanita inilah yang saya cuba ketengahkan menerusi lapan produk Bougas Beauty yang sudah berada di pasaran sejak lima tahun lalu,” katanya selepas program Sarapan Percuma dianjurkan Bougas Beauty di Cyberjaya di sini hari ini.

Turut hadir memeriahkan program, Yang DiPertua (YDP) Majlis Perbandaran Sepang, Datuk Abd Hamid Hussain dan pegawai-pegawainya.

Kira-kira 1,500 ejen jualan hadir ke program berkenaan selain warga Cyberjaya yang tidak putus-putus datang mengambil pek nasi lemak dan air kotak sejak jam 8.30 pagi.

Dalam pada itu, Erni bercadang untuk mengembangkan lagi jenama Bougas Beauty menjadi satu pusat sehenti kecantikan.

“Kami sedang merangka rangkaian kesihatan, penjagaan dalaman, rambut, sabun badan dan lain-lain,” katanya.

 

Author

Pilihan Editor