HomeHiburanGirls’ Generation jadualkan ‘comeback’ yang dinanti-nanti Ogos ini!

Girls’ Generation jadualkan ‘comeback’ yang dinanti-nanti Ogos ini!

GIRLS’ Generation telah mengeluarkan jadual kemunculan semula mereka yang sangat dinanti-nantikan peminat tegar mereka!

Kemunculan terakhir Girls’ Generation dengan kesemua lapan ahli kumpulan itu ialah pada Ogos 2017, apabila mereka mengeluarkan album keenam mereka “Holiday Night.”

Pada 25 Julai, kumpulan gadis ikonik itu secara rasmi mengumumkan tarikh dan butiran untuk kemunculan semula pada Ogos 2022 yang sememangnya dinanti-nantikan, lapor Allkpop.

Dalam meraikan ulang tahun ke-15 penampilan sulung mereka, Girls’ Generation akan membuat kemunculan semula kumpulan penuh pertama mereka dalam tempoh lima tahun dengan album studio ketujuh mereka “FOREVER 1.” Mereka telah berkongsi foto konsep dan imej ‘teaser’ untuk album “Forever 1” yang akan datang Ogos ini daripada 27 Julai sehingga 7 Ogos 2022.

Kumpulan Kpop terkemuka ini akan mengeluarkan mood teaser “Into The New World” yang menarik pada 30 Julai dan muzik video ‘teaser’ pada 4 dan 5 Ogos. Pada 5 Ogos, Girls Generation akan memperkenalkan video muzik dan album digital mereka, manakala album fizikal akan dikeluarkan pada 8 Ogos.

Jangan lupa tanda kalendar anda untuk kepulangan Girls’ Generation yang sekian lama ditunggu-tunggu!

Authors

Pilihan Editor