HomeHiburanMercedes Benz hampir RM300,000 ubat hati Puteri Sarah

Mercedes Benz hampir RM300,000 ubat hati Puteri Sarah

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana, 37, enggan tunduk dengan kesedihan dengan isu orang ketiga yang didakwa mengganggu rumah tangganya dengan pengarah, Syamsul Yusof.

Berita berkaitan: Persoal tindakan Syamsul Yusof saman JAWI, Puteri Sarah suruh mengaku saja

Ibu kepada dua anak itu meraikan diri dan hatinya sendiri dengan membeli sebuah kereta Mercedes Benz GLC terbaru bernilai hampir RM300,000 di pasaran.

Menerusi Insta Story miliknya, wanita tabah itu memberitahu beliau sudah lama berhasrat mahu memiliki kereta itu yang akhirnya menjadi realiti.

“Hari ini Sarah beli kereta impian dengan hasil titik peluh sendiri yang Sarah dapat sejak kerja balik. Ya Allah tak sabarnya,” luahnya gembira.

Berita berkaitan: Persoal tindakan Syamsul Yusof saman JAWI, Puteri Sarah suruh mengaku saja

Sejak bulan lalu nama Ira Kazar menjadi bualan ramai apabila didakwa menjadi orang ketiga menggangu rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah.

Baru-baru ini tular perkongsian dimuat naik oleh seorang individu di aplikasi TikTok sekaligus mengejutkan ramai yang memuat naik video memaparkan perbualan tentang Ira Kazar yang dikatakan ada hubungan intim dengan seseorang.

Berita berkaitan: Persoal tindakan Syamsul Yusof saman JAWI, Puteri Sarah suruh mengaku saja

Syamsul ketika ini ‘meledak’ dengan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan Sarah pernah mengucapkan tahniah kerana karya suaminya mencecah RM90 juta hasil sambutan rakyat.

Mereka juga dilaporkan mengaku tidak tinggal sebumbung, tetapi tidak bermaksud mahu berpisah.

Puteri Sarah, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Berita berkaitan: Persoal tindakan Syamsul Yusof saman JAWI, Puteri Sarah suruh mengaku saja

Author

Pilihan Editor