HomeHiburanPersoal tindakan Syamsul Yusof saman JAWI, Puteri Sarah suruh mengaku saja

Persoal tindakan Syamsul Yusof saman JAWI, Puteri Sarah suruh mengaku saja

CYBERJAYA: Pelakon, Puteri Sarah Liyana menyuruh suaminya yang juga seorang pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof untuk mengaku sahaja berhubung khabar angin dia sudah berkahwin lagi.

Berita berkaitan: Didakwa kahwin lagi, Syamsul Yusof akan saman JAWI RM10 juta

Puteri Sarah berkata demikian mengulas tindakan suaminya yang akan menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebanyak RM10 juta kerana khabar angin yang didakwa fitnah itu disebarkan kepada keluarganya.

“Tiberrrr (tiba-tiba). Jadi betullah gosip itu? Ok mengaku sajalah kan. Inilah masanya untuk awak mengaku segalanya.

“Benda macam ini tiba-tiba muncul. Tiba-tiba nak saman. Benda baik itu baik umumkan sebelum menimbulkan fitnah dan prasangka buruk daripada keluarga awak sendiri.

“Fitnah? kebenaran akan tertegak,” katanya dalam satu hantaran di Instagram Story pada Khamis malam.

Berita berkaitan: Didakwa kahwin lagi, Syamsul Yusof akan saman JAWI RM10 juta

Puteri Sarah mempersoalkan tindakan Syamsul yang menyatakan akan menyaman JAWI kerana menyebarkan fitnah dia sudah berkahwin lagi kepada keluarganya.

Syamsul berkata dalam kenyataan terdahulu, dia telah berbincang dengan peguamnya dan akan memaklumkan tindakan susulan yang akan dibuat dalam masa terdekat.

Syamsul turut menyebut mengenai dokumen dipercayai berkaitan kemelut rumah tangga Syamsul bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana yang turut membabitkan orang ketiga, Ira Kazar.

Berita berkaitan: Didakwa kahwin lagi, Syamsul Yusof akan saman JAWI RM10 juta

Hantaran Instagram Story Puteri Sarah.

Author

Pilihan Editor